Wednesday, May 18, 2011

awek Celcom dan 1 Gb

saya: apa kadar untuk capaian internet dari telefon bimbit, kalau tak daftar dengan pelan data?
awek Celcom: 10 sen untuk setiap 10 kb
saya: hmmm... kalau pelan data untuk 1 Gb?
aC: RM38 sebulan untuk 1 Gb
saya: kalau tak gunakan pelan data, jadi berapa ringgit untuk 1 Gb?
aC: maaf, saya tak tahu lah... tapi *tersipu-sipu*
saya: awak boleh tolong kirakan dengan mesin kira awak tu tak?
aC: *tersenyum manis*
 
Untuk awek Celcom, diri sendiri dan kawan-kawan:
1 Gb = 1,048,576 kb
 
Kalau 10 sen untuk setiap 10 kb, maka
RM10,485.76 untuk setiap 1 Gb.
Macam tak betul je pulak...
 

Thursday, May 12, 2011

Membazir Ikut Kemampuan

Artikel oleh Tawel, sila baca di sini.
 
Aku suka paradigma yang dibentangkan. Bernas!
 
Ketahuilah bahawa sebenarnya sama ada gaji sekadar RM1,000 atau RM10,000, kita semua berpotensi untuk menjadi seorang pembazir. Orang berada, bila melabuhkan kepalanya di bantal, mungkin akan menganyam mimpi untuk memiliki Ferrari walau di halaman rumahnya sudah pun dihinggap oleh BMW 3 series. Yang gajinya sekadar RM1,000 pula, ligat berazam untuk mengumpul dana dari gaji bulanan demi menceraikan Kancil dan lantas menikahi Inspira.

Membazir itu amalan syaitan. Aku harap aku tak membazir bila beli barang basikal.
:)
 
Terima kasih kepada Dino, selaku penyampai maklumat