Saturday, June 12, 2010

DSLR

DSLR = Digital Single Lens Reflex (camera).
 
Senang cerita, kamera yang saiz besar tu lah, dengan lensa bear tu; bukan jenis kompak yang muat nak masuk poket. Mengikut pengamatan, kalau pergi kenduri kahwin sekarang ni dah merata orang gunakannya; bukan sahaja oleh jurufoto profesional yang dok ambik gambar pengantin dengan bersilang kurang-kurang 2 bijik di bahh, bahkan termasuklah awek-awek (selalunya model yang basic aje lah). Macam mudah digunakan pulak.
 
Sekarang ni harga dah mampu milik agaknya, ataupun rakyat dah makin berkemampuan. Alhamdulillah. Harga untuk permulaan dengan kit lens lebih kurang separuh pakej umrah yang basic, ataupun boleh beli mountain bike yang agak hebat spesifikasinya. Ataupun boleh bawak famili pegi bercuti sakan di hotel/resort lima bintang.
 
Bukan tak berminat. Cuma tak boleh nak masuk dalam poket, dan tak senang untuk dibawa semasa berbasikal (boleh tu memang boleh, macam brader ni). Amat sesuai untuk merakam peristiwa penting dan tempat menarik semasa percutian (dan umrah).
 
Tapi tak apalah, buat masa ni aku tak perlukan lagi. Bukan boleh nak ambik gambar sendiri pun. Lagipun it's merely a tool for art. What's important is the composition.
 
Cheh... konon. Sour grapes la tu.
 
 

6 comments:

najibah said...

Saya fikir nak cari satu juga, tapi bila fikir panjang, belum betul-betul boleh commit lagi rasanya untuk belajar guna dslr - point-and-shoot yang saya ada sekarang, dengan kombinasi fungsi tak sampai 10 tu pun, saya belum habis teroka lagi. Malah kadang-kadang tak sempat nak charge bateri pun.

ns said...

jomlah..heheh join sy dgn aidura sofiee ;p

Juliana said...

Amboi, terasa eden!

Tapi baguslah berfikiran begitu (jimat beb! Photography is an expensive hobby).

Saya ni, 'terjebak' meminati fotografi secara tak sengaja, yang bermula dari kerja. Dari situ minat timbul sikit demi sedikit.

aidura sofiee said...

salam.

y not. nape tak cuba...

PNS kamera pun ada gak versi yg canggih yg hampir menyamai DSLR tapi dgn sensor yg lebih kecil ie. Panasonic Lumix LX3, Canon Powershot S70.

Jenis ni amat sesuai dgn org2 yg tak berapa sukakan kamera yg gedebak besar tetapi memerlukan tool yg canggih lagi sofistikated.

klu nak cari compact camera yg kita bleh shot gambar sendiri, boleh le try beli jenama samsung model spt mana iklan yg tgh hot kat TV tu... :D

akmalhizam said...

Najibah,
betul, betul. jangan biarkan diri anda terjebak! Bahaya kepada poket dan masa yang diperuntukkan buat membaca akan terjejas.
hahaha...

GDIZ,
well, have fun, and good luck!

Juliana,
Kalau terjebak tanpa disedari takpe kot, tak terasa sangat expen$e$ tu. Kan?

akmalhizam said...

Aidura Sofiee,

w'salaam wbt.
Ada jugak member racun dgn Olympus PEN.
Ricoh GX-200 pun macam ok.
Sony yang baru dgn interchangeable lenses tu pun ok jugak kot.

Ui$$$hhhh...