Thursday, June 28, 2012

Resah Awan - Plague Of Happiness

Resah Awan
Plague Of Happiness

Tunjukkan aku awan
Yang selalu mekar dan ceria
Tak endahkan dunia yang
Selalu bersengketa
Terlalu mementingkan diri
Terlalu ikut rasa hati
Duduk awan pasrah
Tak dia berkuasa

Rata rata dunia
Berlumuran masalah
Kerana mereka
Bertuhankan kuasa
Nyata bila awan sedar
Dunia bukan milik kita
Yang benci isinya
Manusia tak berbeda

Sungguh awan lihat semua dunia
Lelah bermasalah
Tuhan tolonglah manusia
Sungguh awan lihat semua dunia
Lelah bermasalah

-------
Dah lama dah lagu ni.
Apapun, aku sangat suka susunan muziknya. Terpaut sejak dari nota piano yang pertama lagi...

Dan aku ada jugak la kayuh offroad dengan 2 dari ahlil kugiran ini.
:D
Agaknya boleh jugak kalau 'awan' tu digantikan dengan 'kawan', mengikut lenggok orang Johor. Dan mengikut tajuk album lagu ini.
Kot.

No comments: