Isnin 29 Disember 2008.
Ma'al Hijrah.
Aku sekeluarga bercadang untuk pergi berendam di Starhill resort (kawasan Kempas, arah ke Seelong). Lambat jugak kitorang keluar, dalam pukul 10 pagi.
Sampai aje kat tempat tu, abang jaga kat situ kata kolam tutup setiap Isnin.
Hampa.
Tukar arah ke Pulai Springs Resort pulak. Dah berapa lama aku kat JB ni, tak pernah berkunjung pun ke situ. Macam biasa lah, terbuka hanya pada ahli kelab sahaja. Ada laa dalam rm8k setahun yurannya.
Perjalanan diteruskan ke Gunung Pulai pulak. Info dari anak sedara aku yang kampungnya kat Pontian, katanya tempat tu dibuka. Info dari kawan sepengayuh kata tempat tu masih ditutup ekoran kemalangan akibat banjir kilat 2001. Aku baca suratkhabar semalam, masih dalam kajian 10 tahun sebelum dibuka semula. Ada lagi 2 tahun nak kena tunggu. Errkk...
Tapi aku tau, ada aje makhluk yang selamba naik ke situ dan menikmati alam anugerah Allah. Aku tetap teruskan jugak ke Gunung Pulai tu. Saja-saja nak tau jalan dan macamana rupa tempat tu. Rasanya aku ke situ cuma sekali, 10 tahun lepas... itupun jadi penumpang dok kat tempat duduk belakang tanpa menggunakan talipinggang keledar (masih belum menjadi kesalahan). Nak ke Gunung Pulai tu kena la pulak lalu Pekan Nanas. Heheheh... maka aku pun singgah le jugak jenguk-jenguk kedai beskal yang tersohor kat situ.
Sampai je kat Gunung Pulai tu ada papan tanda 'Dilarang Masuk'. Maka aku pun tak masuk le. Setelah berbincang, kami pun sepakat untuk ke Kota Tinggi. Pun, aku dah lama tak ke sana sejak dinaiktaraf pengurusan (dan harga tiket). Untuk itu, kami menghala ke Kulai. Kali pertama aku lalu jalan tu, dan kali pertama jugak le aku tau kat mana tempatnya Felda Taib Andak. Jauh jugak siut... padan le Mawi suami isteri naik heli nak ke sini untuk hadiri kenduri sendiri (hey, it rhymes!).
Perjalanan diteruskan ke Kota Tinggi dari Kulai. Bab ni, aku agak familiar siket pasal ada laa 3-4 kali jugak aku dah ke Air Terjun Kota Tinggi. Dalam pukul 2 petang kami sampai kat pintu masuk. Lepas bayar tiket untuk 2 dewasa, 2 kanak-kanak dan 1 kereta, kitorang pun menuju ke tempat parkir dan bersiap solat zohor sebelum pegi berendam.
Fuhh... Punya laa ramai orang kat situ. Iye la, cuti umum kan...
Kitorang naik ke tingkat atas dan carik tempat sesuai untuk berendam. Agak cuak bagi aku pasal kena handle 2 budak tak berapa kecik dan sorang mak budak. Kali pertama aku bawak Marsya dan Adam gi berendam kat air terjun. Dengan batu besarnya, dengan lumut kat batu jadi licinnya, dengan air yang sejuknya... fuhh... best dengan bahaya bercampur. Nasib baek anak2 aku tak komen kuat2 pasal couple2 yang shame-shame kat situ. Rasa macam overprotective pulak bila aku dok pimpin diorang masuk kat tempat berendam tu. Tapi bila tiba masa nak pindah kat tempat lain pulak, aku amik keputusan untuk biarkan Marsya & Adam cari jalan diorang sendiri (aku jadi guide aje) untuk melintasi bebatu besar dan licin.
Ada 3 tempat kitorang berendam. Sebetulnya, aku & Naza je yang banyak berendam. Penghujung air terjun tu ada gelungsur lebar. Aku turun kat situ, memang syiok. Last call, kononnya, sebelum balik tinggalkan air terjun. Marsya nak cuba jugak, tapi takut-takut. Pastu bila aku setuju turun sama-sama, dia pun beranikan diri turun kat situ. Penyudahnya, 2-3 kali jugak kami dok naik-turun kat situ.
Kami balik dan cari makan kat bandar Kota Tinggi. Jumpa restoran Nasi Padang. Lepas makan, aku ternampak ada pulak satu kedai surfing kat tingkat atas. Tangganya betul betul bersebelahan dengan kedai makan tu. Aku naik ke atas saja jenguk-jenguk, Naza pulak belek-belek kedai baju kat sebelah.
Aku turun cari Naza, dia takde. Padan la takde... dia menyorok kat dalam fitting room kedai baju tu. Maka aku pun ada laa lesen untuk berkunjung ke kedai beskal Lim. Terus aku telefon si Jai tanya kat mana letaknya kedai tu. Berkunjung ke kedai Lim tu, ada pulak tuas brek Avid SD 7. Aku pun angkut le sepasang... (maka lengkaplah cockpit SRAM aku sekarang ni).
6.30 petang kami pulang dari Kota. Dah balik baru la terasa penat. Tapi aku rasa berbaloi. Ada pengalaman baru untuk aku, Marsya & Adam. Dan ada baju baru untuk Naza. Dan ada barang mtb baru untuk aku.
Keh keh keh...
Protected: love, dont let me go…
3 days ago
3 comments:
i guess this is the first time ever encik akmal hizam be"posting" in malay. i thought u don't speak in malay.. hehehe.. melawak jek. what a journey though..good that you guys had fun.
Yes, we had fun.
I speak Malay also lehh...
Another entry in Malay is here:
http://akmalhizam.blogspot.com/2008/10/aku-dok-kat-kl.html
Wah, seronok dengar mini adventure keluarga hang nih..dok JB ni nak carik tempat berendam memang lah jauh...kita tunggu the bridge Masai-Kota siap, maybe dekat sikit. Lagik kerap boleh pegi berendam.
Post a Comment