Tuesday, September 28, 2010

Haji: Mari Mengumpul Duit

harga pakej haji THTS 1431H/2010M
 
Borak-borak dengan Mak pagi tadi, aku tanya dia berapa harga pakej untuk dia pergi kerjakan ibadah haji tahun ni.
Katanya, "dalam 10,000 camtu lah, hotel dalam 200 m (dari Masjidil Haram). Satu bilik 5-6 orang gitu lah".
 
Lepas tu Mak menambah, "itu tak termasuk (Bayaran Haji) yang Tabung Haji tu".
 
Bayaran Haji: Info kat laman web TH tahun lepas ialah RM9,980.Ada juga yang letak RM7,704. Apa pun, maknanya, tanpa guna kalkulator (mesin kira), lebih kurang RM20,000 jugak lah nak kena ada tu.
 
Ulp! Dah naik RM5,000 berbanding 5 tahun lepas...
 
Aku cuba juga tengok-tengok kat internet, betul ke macam tu. Betul lah tu, lebih kurang. Sebagai perbandingan, aku letak harga pakej yang Tabung Haji Travel & Tours letak untuk tahun ni (1431H/2010M). Ada kat atas tu (harga pakej dah termasuk Bayaran Haji). Link kat sini. Itu kalau nak kerjakan ibadah haji & umrah dengan selesa lah. Untuk pakej-pakej lain yang ditawarkan, rujuk sini.
 
Boleh saja kalau nak ikut muassasah, cuma lebih kurang RM10,000 dah boleh kerjakan haji & umrah dah, termasuk dalam kuota. Kira basic aje lah, dan keselesaan tak terjamin. Itu aje. Tapi kalau nak 'add-on' perkhidmatan khas di Arafah & Mina, ada disediakan. Rujuk muka 8. Apa pun, itu cuma minima. Kena juga standby duit untuk mereka yang ditinggalkan (termasuk lah rumah dan kereta - masih kena bayar tiap bulan juga tu), dan juga belanja runcit-runcit bila kat sana tu.
 
Pendek kata, mengerjakan haji & umrah itu memang kena ada duit puluh ribu punya. Tak murah. Dan, aku yakin kita mampu, kalau kita letak niat dan mula tabungan.
 
Dengan niat yang ikhlas dan bersungguh-sungguh tu, akan datang rezeki yang tak disangka-sangka. Tapi bila dah dapat tu, kena sendiri mau hingat le, jangan joli beli/hapgred beskal (atau kereta, renovate rumah) pulak.
 
Kewajiban haji
Rukun Islam yang kelima.
Wajib bagi mereka yang mampu.
Kupasan bagi 'mampu':
1. Berkuasa membayar segala perbelanjaan bagi mengerjakan ibadat Haji sehingga selesai dan kembali ke tanah air.
2. Ada kenderaan pergi dan balik.
3. Disyaratkan mempunyai bekalan yang cukup untuk saraan nafkah orang yang di bawah tanggungannya.
4. Tidak mengalami kesulitan teruk semasa berada di dalam kenderaan.
5. Aman perjalanan.
Manakala bagi perempuan pula ditambah: Terdapat kawan perempuan berserta wanita Islam yang boleh dipercayai.
 
Makin lama umur bertambah, kederat tak tentu lagi. Dan yang hampir pasti, kos makin meningkat.
 
Selamat beramal, serta mula pasang niat dan menabung.

1 comment:

nhhas said...

SALAM...

tahun ne naik lagi.. beza dengan 2011 sebanyak 10500 ringgit...