"kau dok mana sekarang?"banyak kali bila aku tanya kawan2 aku yang asal dari luar KL (tapi la ni dok kerja kat KL) soalan ni, jawapan diorang simple je:
"aku dok kat KL"
pastu aku tanya, "area mana tu kat KL?"
depa jawab:
"Puchong"
"Sepang"
"Serdang"
"Bangi"
"Sungai Buloh"
"Kajang"
"Petaling Jaya"
"Shah Alam"
"Rawang"
"Putrajaya"
dan banyak lagi nama-nama tempat yang aku rasa masih dalam jajahan Selangor.
duhh!! naseb baik tak sebut "Seremban" ataupun "Nilai".
masa aku kecik-kecik dulu dok kat Jalan Ipoh (area Sentul, masih dalam KL), kalu sebut Kajang/Puchong/Sungai Buloh/Sepang/Serdang/dsb, dah sah le Selangor tu.
dan memang agak jauh nak pegi tempat-tempat tu.
tapi aku saspek orang la ni pukui habih dok kata yang depa dudok kat KL pasai dah ada kemudahan pengangkutan - dari segi infrastruktur lebuhraya (dan pondok kutip duit tol).
aku pun tak berapa nak hafal segala jenis highway yang ada dalam KL tu.
dan mungkin jugak depa lebih mudah nak sebut 'KL' (dua sukukata) berbanding dengan 'Selangor' (tiga sukukata). ni masuk kes perekonomian perbualan la ni.
atau mungkin jugak nak glamer dok kat KL. tak tau le. tapi aku rasa dok kat tempat lain pun glamer apa... digi ngan celcom boleh aje dapat line kat mana-mana...
walaubagaimanapun, itu aje lah aku nak cakap.
dan aku nak tegaskan kat sini bahawa:
kalau korang dok kat dalam Selangor, cakap aje la korang dok kat Selangor.
KL tu KL la. tengok peta KL. belajar balik chokapi.
melainkan korang dok kat Kuala Langat.
waaakakakaaaaa...
No comments:
Post a Comment